Seminar Awam




Kami telah membangunkan metodologi seminar yang seronok, aktif, interaktif, dan berimpak tinggi yang boleh dihadiri oleh 200 - 500 orang peserta. Di sini keriangan dan pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menakjubkan; dengan bantuan muzik, permainan, aktiviti dan perkongsian yang membantu mengubah mindset dan skillset menjadi lebih cemerlang.

Tiga topik sensasi yang menjadi pilihan ialah :






Seminar Mega Vaganza : Kuasa Berfikiran Positif Untuk Kecemerlangan Diri & Organisasi

Seminar ini boleh dijalankan sehingga 500 orang bagi satu sesi dengan metodologi yang menarik dan penuh dengan pengalaman pembelajaran bertujuan untuk membina mindset positif. Kajian akademik menunjukkan fikiran positif dan optimis dapat membantu meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah, lebih inovatif dan proaktif, serta menjadi ahli pasukan yang lebih baik menyumbang untuk organisasi. Ia juga boleh dijalankan untuk kumpulan kecil dengan metodologi dah yang lebih eksklusif.


Seminar Mega Vaganza : Kepintaran Emosi & Kepintaran Spiritual Untuk Mencetuskan Potensi Diri

Ramai orang menyebut tentang kepintaran emosi (EQ) dan kepintaran spiritual (SQ) tetapi tidak tahu apakah maksud dengan prosesnya. Kedua-dua perkara tersebut sangat penting dalam peningkatan potensi dan prestasi seseorang itu kerana setiap orang yang ingin meningkatkan prestasi diri perlulah memiliki EQ dan SQ dengan baik dan tersusun. Para peserta juga akan merangsang potensi dan prestasi diri dengan EQ dan SQ sehingga mendapat semangat dan penghayatan ibadah dalam kerjaya mereka.


Seminar Mega Vaganza : Pengurusan Stress dan Seronok Bekerja untuk prestasi optimum

Membantu peserta memahami apakah itu stres dan bagaimana untuk menguruskannya dengan baik bagi memastikan prestasi kerja sentiasa berada di tahap yang paling optimum. Peserta juga mempelajari kaedah untuk berhadapan dengan sesuatu konflik dan menguruskannya sebelum menjadi krisis yang tidak diperlukan.