Tentang Kami

Sejarah Global Genius Consultant Sdn Bhd

Global Genius Consultand Sdn. Bhd. (GGCSB) bermula dengan nama RK Training & Management pada tahun 2004 dan bersama ratusan organisasi termasuk sektor kerajaan dan swasta dalam bidang pembangunan sumber manusia. Pada tahun 2008, Global Genius Consultant Sdn Bhd telah didaftarkan secara rasmi dengan fokus terhadap aplikasi NLP untuk kecemerlangan diri dan organisasi.

Pelbagai organisasi dari sektor korporat, SME, agensi kerajaan dan kementerian yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan. Selain daripada mengendalikan kursus setempat (in house), GGCSB juga menganjurkan pelbagai seminar terbuka (public) yang berskala kecil (10 hingga 30 peserta), sehinggalah ke seminar berskala besar (300 hingga 2000 orang peserta).

Metodologi yang mudah, segar dan interaktif menjadikan ramai klien kami berpuas hati dan sangat gembira dengan hasil kerja kami. Bahkan pada tahun 2015, kami telah mengorak langkah membangunkan learning solution yang lebih komprehensif; terdiri daripada penerbitan bahan cetak, multimedia, aplikasi mobil, sistem atas talian dan bermacam lagi untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti anda. Kerana kami percaya, sesebuah organisasi akan terus berkembang dengan budaya pembelajaran dan pembangunan diri yang berterusan sepanjang hayat.


Visi

Mencipta budaya kecemerlangan menerusi proses belajar sepanjang hayat dalam setiap organisasi dan anggotanya.

Misi

Membangunkan teknologi & metodologi pembelajaran sepanjang hayat yang seronok malah berimpak tinggi, serta memberikan perkhidmatan profesional yang menakjubkan kepada pelanggan kami.


Pengasas



Hj. Fadzli Yusof - Pengasas dan Master Trainer

Hj. Fadzli Yusof merupakan pengasas kepada Global Genius Consultant Sdn. Bhd. dan juga tenaga pengajar utama. Beliau ditauliahkan sebagai pengamal NLP sejak tahun 2006 oleh Dr. William Horton, Presiden NFNLP. Beliau telah berkongsi idea self-programming dengan jutaan peserta menerusi penampilan TV, radio, buku, majalah, seminar, portal dan media sosial.

Beliau telah membantu ramai usahawan, individual, eksekutif syarikat, pegawai kerajaan dan mereka yang ingin meningkatkan lagi kejayaan dengan teknik-teknik NLP. Kaedah dan pengendalian mudah yang beliau bangunkan di GGCSB telah membuatkan proses pembelajaran menjadi seronok, mudah dan berimpak tinggi.


Tenaga Pengajar Utama

Zaim Zain

Jurubimbing yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai seminar korporat dan awam. Beliau merupakan Certified NLP Practitioner.

Hakim Mohd Nor

Perunding latihan dan motivator muda yang berbakat besar dan mempunyai latar belakang pengajian yang mengkagumkan.

Idzhar Jumali

Jurulatih Bertauliah PSMB ini memulakan kariernya di sebuah syarikat swasta. Selama 6 tahun di sana, beliau terlibat sebagai perunding latihan dan penceramah motivasi.

Nur Nasim

Beliau merupakan Certified Professional Image Consultant yang di tauliahkan oleh Training Cube International Sdn Bhd.